Blog ini dalam usaha untuk memartabatkan Tulisan Jawi

'Like [✔]' jika anda rasa blog ini berguna dan bermanfaat.
Sebarang perkongsian dan penambahbaikan adalah amat dialu-alukan.

Thursday 16 January 2014

Pertemuan yang tidak dirancang


.الحمدلله، ستله سكين لاما تيدق برتمو اخيرڽ الله ڤرتموكن كامي كمبالي
  برتمو د سوراو سلڤس صلاة مغرب. همڤير ليم بولن كامي تيدق برجومڤا 
.دان ڤرجومڤاءن  كامي ڤد مالم اين اداله كالي يڠ كتيݢ 

.راس ڬمبيرا دان سرونوق داڤت جومڤا كمبالي صحابة كو اين
.ريندو ساڠت ڤدڽ

.سلڤس صلاة مغرب اكو ڤون منوليه  کبلاكڠ، تيدق سڠک دي ڤون برادا د سيتو 
ڤد مولاڽ تركجوت جوݢ. اكو منوڠڬو دي تورون دري سوراو. تاڤي دي بوات٢ تق نمڤق سهاج. اكو ڤون ڤرڬي برتمو دڠن دي اونتوق مڽرهكن حاصيل توليسن خط اكو
.كڤداڽ. دي ڤون تريما دان ڤرڬي بڬيتو سهاج. اکو نمڤق دي کليهاتن سڤرتي کڤنتن
 .اڤ تقڽ دي بارو باليق دري کرجا

سلڤس ايت، اكو برسام راكن-راکنکو ڤرڬي ماكن. ماس ايت جوݢ داڤت ميسيج درڤدڽ يڠ مڠاتاكن دي ڤون برادا د سيتو. اكو ڤون مڠمبيل كسمڤتن اونتوق برتمو دڠنڽ لاݢي سکالي. اكو چوبا اونتوق بربوال-بوال دڠنڽ تاڤي سڤاته يڠ اكو تاڽ سڤاته جوݢ يڠ دي
.جواب. موڠكين مالو اڬقڽ، معلومله ده لاما تق برجومڤا

 "كيت جومڤا لاءين كالي يا"
.کات ايت اداله ايات يڠ تراخير دي اوچڤكن سبلوم كامي برڤيسه د سيتو
.اکو برهارڤ داڤت برجومڤا دڠن دي لاݢي ننتي 
 
#ريندو ملاکر چينتا جاوي# 


Kalau awak tak faham apa yang saya tulis, tanyalah saya.. ^_^

Tuesday 14 January 2014

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W


          Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. 
     Kini sambutan Maulidur Rasul telah memasuki tahun 1435 Hijrah pada 14 Januari 2014 Masehi. Lazimnya pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Selawat ke atas Nabi






Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya sentiasa berselawat ke atas nabi (Muhammad s.a.w.), wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucpkanlah salam sejahtera dengan penghormatan ke atasnya dengan sepenuhnya". 

[Surah Al-Ahzab: ayat 56]



       Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.
       Maksud selawat dari segi bahasa bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Monday 13 January 2014

Alif Maqsura

Alif Maqsura (ى) ialah huruf alif (ا) yang ditulis seperti huruf ya (ي) tetapi tanpa titik di bawahnya. 
Huruf ini hanya muncul pada akhir kata dan berfungsi sebagai tanda baca panjang, 
sebagaimana huruf alif yang berfungsi seperti itu dalam hukum Mad.


   
Cara penulisan huruf (ى)
Posisi LepasPosisi AwalPosisi TengahPosisi Akhir
ى(Tidak ada)(Tidak ada)ـى
Cara penulisan huruf (ي)
Posisi LepasPosisi AwalPosisi TengahPosisi Akhir
ييــيــي

Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi semakin dilupakan

Apabila orang asing lebih prihatin terhadap tulisan jawi


KUALA LUMPUR 29 Jan. – Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.
"Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?" kata Dr Kyoung Seok yang fasih berbahasa Melayu.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas.

Dr Kyoung Seok berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu Mingguan diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya.

Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi, katanya. – BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2012&dt=0129&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2qCi5JVit 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 12 January 2014

Cinta Pensyarah Korea Terhadap Tulisan Jawi


 
Cinta Dr. Kang Kyoung Seok pada jawi berputik sejak tahun 1974.



       Ketika budaya K-pop popular dan diminati kalangan generasi muda negara ini, seorang ahli akademik Korea Selatan pula mengakui beliau menyukai tulisan jawi. Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Busan University of Foreign Studies, mempunyai pandangan tersendiri mengenai tulisan jawi dan budaya Melayu. 

       Dr. Kang, 57, yang fasih berbahasa Melayu, begitu meminati semua perkara mengenai tulisan jawi yang disifatkannya begitu indah. “Budaya Melayu ini, daripada lagunya, bahasanya, semua amat halus dan lembut membuatkan saya jatuh cinta terutama lenggok tulisan jawi,” katanya. Cinta Dr. Kang kepada tulisan jawi berputik pada tahun 1974 ketika belajar di sebuah universiti di Korea Selatan. 

       “Pensyarah saya masa itu beritahu bahawa Malaysia memiliki tulisan unik diberi nama tulisan jawi. Bila saya tanya apa itu tulisan jawi, pensyarah saya tidak tahu. “Di Korea masa itu tiada buku tulisan jawi, rujukan mengenai jawi pula amat kurang. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengkaji tulisan ini,” katanya. 

       Pada 1982, pertemuan Dr. Kang dengan seorang pendakwah Islam bernama Abdul Ghani yang berasal dari Pattani, Thailand di Busan, merupakan titik penting percintaannya dengan tulisan jawi. Melalui Abdul Ghani, Dr. Kang mengenali huruf jawi dan sistem penulisan itu. Buku tulisan jawi bertajuk Sejarah Melayu Pattani, menjadi kegemarannya pada masa itu. 

       Dr. Kang membulatkan tekadnya untuk pergi ke Malaysia bagi mendalami tulisan jawi. Pada tahun 1984 impiannya menjadi kenyataan apabila mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Malaya. Namun persepsi rakyat Korea Selatan terhadap Malaysia pada masa itu menjadi cabaran besar bagi Dr. Kang dalam merealisasikan impiannya. “Masa itu Korea Selatan tidak mengenali Malaysia seperti sekarang. Kita sekarang kawan baik. Dulu orang Korea tengok Malaysia sebuah negara yang mundur, miskin dan banyak masalah. 

       “Ibu bapa saya masa itu menangis tidak mahu benarkan saya pergi Malaysia. Tetapi saya sudah cintakan tulisan jawi. Saya mahu pergi belajar tulisan itu di Malaysia,” katanya. Setelah melakukan kajian terhadap tulisan jawi sejak sekian lama, Dr. Kang mengakui amat tertarik dengan kitab al-Quran yang disifatkanya sebagai anugerah paling bernilai buat umat Islam di seluruh dunia. 

       “Paling menarik perhatian saya bagaimana tulisan jawi dalam kitab al-Quran mampu menghasilkan cara bacaan yang amat indah sekali. Saya selalu dengar orang baca di tilawah al-Quran, amat indah dan buat jiwa saya tenteram,” katanya. Dr. Kang berkata generasi muda Malaysia sekarang tidak menyedari betapa bertuahnya mereka memiliki sebuah warisan unik yang menjadi identiti dan penyambung legasi bangsa. 

       “Tulisan jawi sekarang sudah tenat. Tidak ramai generasi muda tahu membaca dan menulis jawi. Bilangan pakar jawi juga semakin berkurangan kerana ramai pakar yang saya kenali telah bersara tanpa ada pengganti,” katanya. Dr. Kang menyertai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai pensyarah pada 2010. 

       “UPSI sebuah universiti yang mendidik guru. Jadi bila saya ajar guru ini tulisan jawi, mereka akan ajar tulisan jawi ini kepada anak murid mereka, yang juga generasi muda negara ini. Maka semakin ramai tahu tulisan jawi,” katanya. Beliau berkata pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak berkuasa pendidikan supaya kembali kepada sistem ejaan jawi Za’ba yang lebih ringkas dan mudah difahami. Media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas. 

       Dr. Kang berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat Malaysia. Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemah lebih banyak buku ke tulisan jawi. – BERNAMA



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 11 January 2014

Wajib kenal huruf Jawi

Tulisan jawi merupakan tulisan asal bangsa Melayu. Namun ramai daripada orang Melayu tidak boleh menulis Jawi. Bahkan lebih teruk lagi ada orang Melayu yang tidak mengenal huruf Jawi.


Memelihara Tulisan Jawi

       Bagaimana hendak membaca al-Quran jika tidak tahu tulisan jawi? Tidak mustahil pada masa akan datang al-Quran hanya dibaca melalui terjemahan tulisan rumi yang belum tentu sebutan dan cara bacaannya serupa.
       Tidak mustahil dalam masa 20 atau 30 tahun lagi, kita tidak akan mempunyai pengkaji atau sarjana yang mampu mengkaji naskhah Melayu lama yang ditulis dalam tulisan jawi untuk diterbitkan dalam sebagai karya klasik Melayu yang hebat.
Menggunakan tulisan jawi pada papan iklan salah satu cara mendedahkan orang ramai
terhadap kepentingan tulisan tersebut. - Gambar hiasan 


       Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Dr. Hassan Ahmad turut berkongsi rasa gusar ekoran tahap penggunaan tulisan jawi yang digunapakai pada ketika ini.


         Dr. Hassan turut meluahkan kebimbangan kerana dia enggan Malaysia menjadi seperti Turki yang sudah tidak lagi mementingkan tulisan jawi.

      “Saya takut kita menjadi seperti Turki. Mereka sudah tidak tahu membaca tulisan jawi dan membaca al-Quran pula menerusi terjemahan dalam bahasa Inggeris.


Friday 10 January 2014

Perkataan salam daripada bahasa Arab


         Ejaan salam ini adalah daripada perkataan bahasa arab. Oleh itu, ejaan untuk salam tidak boleh dieja satu persatu dengan menggunakan ejaan jawi. Semua perkataan yang berasal daripada bahasa arab tidak boleh dijawikan dengan sesuka hati. Pengekalan untuk perkataan bahasa arab.

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته


Dalam bahasa arab, tulisan salam secara lengkap adalah seperti ini,

Tulisan Jawi sebagai Khazanah dan Warisan Bangsa

JERUDONG, Khamis 5 Julai- Pelaksanaan Persidangan Kebangsaan Ejaan Jawi menunjukkan bahawa rakyat di Negara Brunei Darussalam menjunjung tinggi saranan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan perlunya penyelarasan di dalam penggunaan ejaan jawi di negara ini.Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menegaskan demikian di Majlis Penutupan Rasmi Persidangan Kebangsaan Ejaan Jawi: Kaedah dan Penyelarasan, di Indera Samudera The Grand Hall, Empire Hotel and Country Club di sini.  
Yang Berhormat berkata, persidangan itu juga telah menunjukkan akan komitmen dalam mengangkat dan mempertahankan akan pentingnya tulisan jawi sebagai khazanah dan warisan bangsa yang perlu terus diamalkan, diperkasa, diajar, disebar dan dipergunakan secara meluas di kalangan masyarakat di peringkat negara baik secara rasmi mahupun tidak rasmi.
"Bersempena dengan Bulan Bahasa di bulan Julai ini, persidangan yang diadakan ini sekaligus menunjukkan komitmen dan kesungguhan kita ke arah mengukuh dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Ini memandangkan penguasaan tulisan Jawi itu adalah sinonim dengan bahasa Melayu dan ianya merupakan identiti yang hakiki kepada bangsa dan tamadun Melayu Brunei" ujar Yang Berhormat.
Dari persidangan ini juga katanya, akan dapat memaparkan dan menyerlahkan lagi keperluan penghayatan tulisan jawi melalui pembelajaran dan kaedah ejaan yang tepat dan memandangkan tulisan jawi merupakan komponen penting dan sangat central yakni utama kepada pembelajaran pembacaan Kitab Suci Al-Qur'an dan amalan zikir atau zikrullah.
Tambah Yang Berhormat, pentingnya akan peranan dan mempelajari tulisan jawi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titahnya "Inilah makanya amat mustahak bagi kita mempelajari Tulisan jawi atau Tulisan Al-Qur'an itu, supaya memudahkan kita beramal atau membaca doa-doa dengan betul dan sempurna".
Di samping itu, tulisan jawi ini juga adalah merupakan khazanah dan warisan yang sangat unik kepada bangsa, identiti dan tamadun Melayu dan dilihat sebagai medium perhubungan yang mempunyai nilai seni yang sangat halus dan indah. Sehubungan dengan ini penguasaan tulisan jawi secara kreatif dan inovatif mampu menyumbang ke arah pertumbuhan sektor industri kreatif.
Namun keunikan dan keindahan tulisan jawi ini juga diakui dan dikagumi oleh bangsa-bangsa luar yang menimbulkan minat dan keghairahan mereka untuk mempelajari dan mengkaji tulisan jawi secara mendalam. Justeru itu, terang Yang Berhormat lagi, tidak ada alasan mengapa bangsa Melayu Brunei tidak berbangga dan mencintai tulisan jawi, dan malahan ada di kalangan Negara-negara Melayu sendiri sangat menyanjung dan mengkagumi Negara Brunei Darusslam dalam memartabatkan dan menggunakan tulisan jawi secara meluas di kalangan masyarakat awam, sektor perniagaan dan perusahaan.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga turut mengulas akan kegemilangan dan keunggulan tulisan jawi di dalam tamadun Melayu bilamana signifikannya adalah terlalu besar dalam sejarah bangsa dan dunia melayu. Ini kerana kewujudan tulisan jawi sudah bemula sejak kurun ke-14 dan merupakan alat komunikasi dan saluran interaksi masyarakat melayu dengan kemasukan Islam ke nusantara Melayu.
"Daripada rekod dan catatan sejarah, perjanjian-perjanjian awal dengan negara-negara asing akan ditulis dalam tulisan jawi. Selain itu, pembuktian sejarah juga ditulis dalam tulisan jawi contohnya Batu Tarsilah di Kawasan Kubah Diraja dan Batu Bersurat di Terengganu. Begitu juga dengan karya penulisan kreatif yang ditulis dengan tulisan jawi, antaranya Syair Awang Semaun dan Syair Bidasari yang dijumpai di Sumatera dan malahan perundangan negeri dan hukum kanun juga ditulis dalam tulisan jawi. Ini adalah membuktikan kegemilangan tulisan jawi di dalam dunia Melayu," jelas Yang Berhormat lagi.
Begitu juga tulisan jawi yang berkait rapat dengan penyebaran agama Islam dan perkembangan intelek dan persuratan di alam melayu. Terdapat banyak kitab-kitab agama ditulis dengan tulisan jawi dan antara penulis-penulis agung Islam yang menghasilkan karya mereka dalam tulisan jawi ialah Hamzah Fansuri, Nurudin Al-Ramiri, Samsudin Al-Sumatrani dan Abdul Rauf Singkel.
Di akhir ucapan beliau, Yang Berhormat juga turut menyarankan kepada semua agensi-agensi yang berkepentingan atau 'stakeholders' untuk mengambil tindakan awal yang bersepadu dan mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab masing-masing untuk mengimplementasikan segala resolusi dan kesepakatan yang dicapai.
"Resolusi dan keputusan yang baik dan berkesan adalah dilaksanakan dan disusuli dengan tindakan dan dalam waktu yang sama, kesinambungan tanggungjawab mengangkat dan memartabatkan tulisan dan penggunaan tulisan jawi di peringkat negara adalah terletak dibahu generasi masa kini," jelas Yang Berhormat pada mengakhiri ucapannya.
(Petikan dari Pelita Brunei, Jumaat 6 Julai 2012 oleh Kharitini Hamir)

Ukhuwwah Islamiyyah Tunggak Kekuatan Ummah


أخوة إسلامية اتاو ڤرساوداراءن اداله سواتو تونتوتن دالم اسلام، اي جوݢ مروڤاکن 
.ساله ساتو فکتور يڠ ممباوا کڤد کقواتن أومة إسلام

 کران ايتوله، انتارا لڠکه رسول الله صلى الله عليه وسلام سباءيق سهاج سمڤاي 
کمدينة اياله ممبينا مسجد سباݢاي تمڤت اورڠ٢ مؤمن منديريکن صلاة برجماعه دان
.ڤوست ڤمبوداياءن إسلام

.کمودين باݢيندا ممڤرساوداراکن دأنتارا ݢولوڠن مهاجرين دڠن أنصار



،باݢي ممليهارا هوبوڠن ڤرساوداراءن سسام إسلام دان مڠيلق درڤد ڤرڤچهن 
:مک هندقله
ڤرتام: ستياڤ مسلم ڤرلو ساليڠ بنتو-ممبنتو دالم مڠهادڤي کسوکرن سرتا منوتوڤ
.کعاءيبن ساوداراڽ 
کدوا: ستياڤ مسلم ڤرلو مڠيلق درڤد مڠخيانتي، منچاچي، مڠهينا دان ممبوهوڠي
.سسام ساودارا إسلام



Coretan daripada Khatib Khutbah Jumaat (Terengganu)

Monday 6 January 2014

Teknik Menulis Jawi dengan Cepat


Beberapa teknik boleh digunakan untuk menulis jawi. Teknik ini bersesuaian jika anda:
  1. Mengenal huruf jawi dari alif sampai ya. (boleh rujuk dengan kawan-kawan)
  2. Tidak pernah menulis jawi dengan betul.
LANGKAH-LANGKAH
  • Pertukaran tulisan rumi kepada jawi secara satu persatu, contohnya: perkataan "BASIKAL".


  • Selepas itu, sambungkan semula tulisan dari perkataan pertama.

  • Vokal 'e' dalam tulisan jawi adalah perkataan itu sendiri.

  • Jika ada imbuhan di akhir perkataan, maka dipotong huruf 'a' sebelum huruf 'n' (tidak ditulis huruf alif).

  • Perkataan yang mempunyai vokal 'a' dikira hanya pada dua suku kata, jika melebihi dua suku kata seperti 'kal' dan 'mat' maka dibuang 'a'nya (tidak ditulis huruf 'alif'). Contoh:

  • Anda boleh cuba untuk berjinak-jinak dengan tulisan jawi, yang penting adalah latih tubi yang berulang kali sekurang-kurangnya 3 perkataan sehari. 

  • Peringatan - huruf jawi yang tidak boleh disambung selepasnya adalah seperti berikut:



* marilah bersama-sama mengembalikan kegemilangan penulisan jawi 
 ke arah generasi bijak jawi .

Sunday 5 January 2014

Ohh Jawi


جک اوق تيدق داڤت باچ ايات اين دالم ماس 10 ساعت دڠن  لنچر
 مک بلاجرله ممباچ توليسن جاوي کران باچاءن اوق لمه



Tugas Bermula

 .هاري اين تله برمولاله توݢس سباݢاي ستيائوسها د اونيت ڤنديديقن سني ۏيسوال
ساي تله ملنجوتکن ڤلاجرن دالم بيدڠ ڤرݢوروان ياءيت ڤروݢرم إجازه سرجان مودا 
.ڤرݢوروان د إينستيتوت ڤنديديقن ݢورو کمڤوس سلطان ميزان
 .سکجڤ سهاج ماس برلالو، ساي تله براد دسيني سلاما دوا تاهون ستڠه
 .باڽق ڤڠالمن يڠ تله دلالوءي سام اد مانيس ماهوڤون ڤاهيت


Saturday 4 January 2014

Abjad Jawi


توليسن جاوي دهولو برکاءيت راڤت دڠن بڠسا ملايو.
 .دهولو توليسن جاوي دأجرکن سجق سکوله رنده لاݢي
 اين کران توليسن جاوي اداله سينونيم دڠن القرءان.
 سياڤا بوليه باچ توليسن جاوي ڤستي بوليه باچ القرءان کران داسر توليسنڽ اداله سام دڠن سديکيت ڤنمبهن حوروف ياءيت چ، ڠ، ڤ، ݢ، ۏ، ى، ڽ.
 .ملايو توليسن جاوي اداله ابجد عرب يڠ دسسوايکن اونتوق بهاس 
  



Friday 3 January 2014

Lirik Lagu Rindukanlah - Encik Mimpi

انچيق ميمڤي  - ليريق لاݢو ريندوکنله  



کو بنر- بنر سايڠ
ڤد ديريمو اوه کاسيهکو
جاڠنله اڠکاو راݢو
ڤد ديريکو

دان کو برکلانا منچاري
هارڤن يڠ کيت ايمڤيکن
دري تربيتڽ سڠ سوريا
هيڠݢ تڠݢلم

دان کو ايڠين چينتا سجاتيمو
دان کو ايڠين هارڤن هاتيمو
اوه جاڠنله اڠکاو برسديه
اوه إخلاص-إخلاصکنله هاتيمو

ريندو-ريندوکنله ديريکو
سڤنجڠ هاري-هاريمو
 سايڠکو
 کو اداله ميليقمو

سايڠکو کو اداله ميليقمو يڠ کاو ريندو
دعاء-دعاءکنله ديريکو د دالم هاتيمو
 د دالم نافسمو
 سڤنجڠ هاري-هاريمو

کو بنر- بنر سايڠ
ڤد ديريمو اوه کاسيهکو
جاڠنله اڠکاو راݢو
ڤد ديريکو

دان کو ايڠين چينتا سجاتيمو
دان کو ايڠين هارڤن هاتيمو
اوه جاڠنله اڠکاو برسديه
اوه إخلاص-إخلاصکنله هاتيمو

ريندو-ريندوکنله ديريکو
سڤنجڠ هاري-هاريمو
 سايڠکو
 کو اداله ميليقمو

دان کو ايڠين چينتا سجاتيمو
دان کو ايڠين هارڤن هاتيمو
اوه جاڠنله اڠکاو برسديه
اوه إخلاص-إخلاصکنله هاتيمو

دان کو ايڠين چينتا سجاتيمو
دان کو ايڠين هارڤن هاتيمو
اوه جاڠن-جاڠنله کاو
 برسديه هاتيمو ککاسيه

ريندو-ريندوکنله ديريکو
سڤنجڠ هاري-هاريمو
 سايڠکو

Tergerak Hati

ترݢرق هاتي ايڠين منوليس بلوݢ اين دسببکن اوليه راکن ساي يڠ منوليس ايات
.دبلوݢڽ دڠن إيجاءن جاوي يڠ ساله. ماريله کيت برسام ممڤلاجري توليسن جاوي 
.سموݢ ڤنوليسن ساي اين برمنفعة کڤد سموا



Pembuka Bicara


السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته  

.ساي ماسيه بارو دالم دونيا بلوڬڬر اين
.جوم بلاجر جاوي برسام