Blog ini dalam usaha untuk memartabatkan Tulisan Jawi

'Like [✔]' jika anda rasa blog ini berguna dan bermanfaat.
Sebarang perkongsian dan penambahbaikan adalah amat dialu-alukan.

Sunday 25 January 2015

Wajibkan Pembelajaran Jawi di Sekolah

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Tulisan jawi perlu dijadikan satu mata pelajaran wajib di peringkat sekolah sebagai usaha memartabatkan kembali khazanah kebudayaan nasional itu.

Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, ia perlu dikuasai bukan sahaja oleh orang Melayu malah kaum lain kerana tulisan tersebut memiliki 1,001 keistimewaan dan kelebihan.

Menurut beliau, jika tidak dijadikan satu mata pelajaran khusus, tulisan jawi harus diajar atau dimasukkan ketika pembelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.

"Pengajaran bahasa atau sastera Melayu boleh dikatakan tidak lengkap jika tidak dimasukkan komponen tulisan jawi. Suatu ketika dahulu, skrip tulisan bahasa Melayu menggunakan jawi tetapi kini rumi dilihat lebih menguasai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas saranan Sultan Perak, Sultan Dr. Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah agar tulisan jawi terus dipertahankan supaya terus hidup dan tidak pupus kerana ia merupakan satu perjuangan bangsa.

Kok Seong berkata, tulisan jawi merupakan khazanah negara yang harus dipertahankan dan ia tidak sepatutnya ditakuti oleh golongan bukan Melayu.

"Apabila dikata tulisan jawi perlu dipelajari oleh orang Cina, mereka menentang dan anggap jawi adalah Islam. Mereka takut akan wujudnya usaha untuk menjadikan mereka Islam dengan jawi.

"Ini semua mengarut. Sedangkan, jawi hanyalah tulisan yang satu ketika menjadi pelengkap kepada bahasa Melayu," tegasnya.

Pendapat beliau turut disokong Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz.

Menurutnya, secara rasional, tulisan jawi perlu diajar bersama mata pelajaran bahasa Melayu.

"Pada masa ini, tulisan jawi diajar bersama mata pelajaran Agama Islam. Oleh sebab itu, ramai bukan Melayu salah sangka dan memandang serong terhadap tulisan jawi," jelasnya.

Beliau kemudian mengambil contoh UPM mewajibkan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) mendaftar mengikuti kursus Sistem Tulisan Jawi.

"Selain itu, jika hendak martabatkan tulisan jawi, semua pihak khususnya kerajaan perlu membudayakan tulisan jawi terutama mewajibkan penggunaannya di papan-papan tanda iklan. Dengan itu, orang ramai merasakan ada gunanya kita belajar jawi," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, usaha yang dilakukan Kumpulan Utusan dengan menerbitkan Utusan Melayu Mingguan harus dipuji tetapi ia masih belum mencukupi untuk memartabatkan tulisan jawi.

"Justeru itu, Kementerian Pelajaran perlu wujudkan mata pelajaran tulisan jawi. Mulakan di peringkat sekolah rendah. Inilah caranya untuk kita kembalikan kegemilangan tulisan jawi. Janganlah kita sibuk mengejar kemodenan sehingga lupakan warisan bangsa," tambahnya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Saturday 24 January 2015

Bertaqwa kepada Allah

واهاي سكالين اورڠ يڠ برايمان، طاعةله كامو كڤد الله دان طاعةله كامو كڤد رسول الله دان كڤد اولى الامري ياءيت اورڠ-اورڠ يڠ بركواس دري كالڠن كامو. كمودين جک كامو بربنته-بنته دان برسليسيهن د دالم سواتو ڤركارا، مک هندقله كامو كمبالي كڤد كتاب الله ياءيت القرءان دان سنه رسولڽ جک كامو بنر- بنر برايمان كڤد الله دان هاري اخيرة. يڠ دمكين اداله لبيه باءيق باڬي كامو دان لبيه ايلوق ڤولا كسودهنڽ. 

ماريله كيت منيڠكتكن كتقواءن دان كايمانن كڤد الله سبحان وتعالى موده- مودهن الله اكن مليمڤهكن رحمة دان كريضاءن كڤد كيت سموا.

واهاي همبا الله، ايڠتله بهاوا دنيا اين اداله تمڤت تومڤڠن اونتوق سمنتارا اخيرة جواله سبنر- بنر تمڤت يڠ ككل اونتوق سلاما- لاماڽ. اوليه ايت، ماريله كيت برتقوى كڤد الله اونتوق منداڤتكن كبهاڬياءن سرتا مڽلامتكن ديري درڤد سيكساءن اڤي نراک.


سسوڠڬوهڽ الله دان ملائكةڽ برصلوات دان ممبري سڬالا ڤڠحرمتن دان كباءيقن ك اتس نبي محمد صلى الله عليه وسلم واهاي اورڠ يڠ برايمان، برصلواتله كامو ك اتسڽ سرتا اوچڤكنله سلام سجهترا دڠن ڤڠحرمتن يڠ سڤنوهڽ
. 

ماريله كيت برموهون كڤد الله سموڬ الله مرضا
ءي خليفه- خليفه رسول الله ياءيت سيدنا ابو بكر الصديق رضي الله عنه، سيدنا عمر ابن الخطاب رضي الله عنه، سيدنا عثمان ابن اففن رضي الله عنه، سيدنا علي ابن ابي طالب رضي الله عنه دان جوڬ صحابة- صحابة بڬيندا يڠ سام- سام برجواڠ منڬقكن اڬام الله يڠ مها سوچي اين. جوڬ كڤد باڤ ساودارا جونجوڠن كيت سيدنا حمزه دان سيدنا عباس رضي الله عنهم چوچوندا- چوچوندا بڬيندا سيدنا حسن دان سيدنا حسين رضي الله عنهم، ڤوتري بڬيندا سيدتنا فاطمه الزهرا رضي الله عنها، استري- استري بڬيندا سيدتنا خديجه رضي الله عنها، سيدتنا عايشه رضي الله عنها دان لاءين- لاءينڽ.

ستروسڽ كڤد سكالين كلوارڬ صحابة- صحابة، ڤڠيكوت- ڤڠيكوت صحابة دان مريك يڠ منوروتي مريك ايت دري سماس ك سماس هيڠڬ ك هاري قيامة. 

يا الله امڤونكنله سكالين قوم مسلمين دان مسلمات، مؤمنين دان مؤمنات سام اد يڠ ماسيه هيدوڤ اتاوڤون يڠ تله منيڠڬل دنيا. يا الله كورنياكنله جوڬ كمولياءن دان كسجهتراءن كڤد مريك يڠ برجهاد دان منفكهكن هرتاڽ ك جالن مو سڤرتي ڤمباير- ڤمباير زكاة، ڤواقف- ڤواقف دان سأومڤاماڽ.

يا الله كورنياكنله توفيق دان هدايه، كقواتن، كسجهتراءن دان ڤرتولوڠن كڤد
 كتوا- كتوا نڬارا اسلام دان  راج-راجڽ.


Wahai sekalian orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri iaitu orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dan berselisihan di dalam suatu perkara, maka hendaklah kamu kembali kepada kitab Allah iaitu Al-Quran dan Sunnah Rosulnya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T mudah-mudahan Allah akan melimpahkan rahmat dan keredhaan kepada kita semua.

Wahai hamba Allah, ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan untuk sementara akhirat jualah sebenar-benar tempat yang kekal untuk selama-lamanya. Oleh itu, marilah kita bertaqwa kepada Allah untuk mendapatkan kebahagiaan serta menyelamatkan diri daripada siksaan api neraka.

Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat dan memberi segala penghormatan dan kebaikan ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Marilah kita bermohon kepada Allah semoga Allah meredhai khalifah-khalifah Rosulullah iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq Radi Allahu 'anhu, Saidina Umar ibni al-Khattab Rodi Allahu 'anhu, Saidina Uthman ibni Affan Rodi Allahu 'anhu, Saidina Ali ibni Abi Talib Rodi Allahu 'anhu dan juga sahabat-sahabat baginda yang sama-sama berjuang menegakkan agama Allah yang maha suci ini. Juga kepada bapa saudara junjungan kita Saidina Hamzah dan Saidina Abbas Rodi Allahu 'anhuma. Cucunda-cucunda baginda Saidina Hassan dan Saidina Hussin r.a, puteri baginda Saidatina Fatimah Az-Zahra Rodi Allahu 'anha, isteri-isteri baginda Saidatina Khadijah Rodi Allahu 'anha, Saidatina Aisyah Rodi Allahu 'anha dan lain-lainnya.

Seterusnya kepada sekalian keluarga sahabat-sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang menuruti mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat.

Ya Allah ampunkanlah sekalian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah kurniakanlah juga kemuliaan dan kesejahteraan kepada mereka yang berjihad dan menafkahkan hartanya ke jalan-Mu seperti pembayar-pembayar zakat, pewakaf-pewakaf dan seumpamanya.

Ya Allah kurniakanlah taufiq dan hidayah, kekuatan, kesejahteraan dan pertolongan kepada ketua-ketua negara Islam 
dan raja-rajanya.




Coretan daripada Doa Khutbah Jumaat (Johor)

Friday 23 January 2015

Bencana Banjir, Ujian daripada Allah

نڬارا كيت سريڠ دلندا ڤلباڬاي بنچان دان كسوليتن سڤرتي بنجير، جربو، دان كماراو ڤنجڠ. بارو- بارو اين، بنجير بسر تله ملندا باڽق نڬري ترماسوقله نڬري ترڠڬانو يڠ دكاسيهي. اين سموا برلاكو اداله اونتوق مڠوجي تاهڤ كإيمانن كيت كڤد الله.

فرمان الله دالم سوره البقرة ايات 155-156:
"دمي سسوڠڬوهڽ!  كامي اكن مڠوجي كامو دڠن سديكيت كتاکوتن، كلاڤرن، دان ككوراڠن دري هرتا بندا دان جيوا سرتا حاصيل تانمن. دان بريله خبر ڬمبيرا كڤد اورڠ يڠ صبر." (ياءيت) اورڠ يڠ اڤابيلا مريك دتيمڤا اوليه سسواتو كسوسهن، مريك بركات: "سسوڠڬوهڽ كامي اداله كڤوڽان الله دان كڤد الله جواله كامي كمبالي."

اوليه ايت، ماريله كيت سام- سام بردعاء كڤد الله، اڬر عقيبة دان كسن بوروق درڤد بنجير يڠ سدڠ دعلامي اوليه مڠسا- مڠسا بنجير اكن ڤوليه سڤرتي بياسا. سام- سامله كيت ممبنتو مڠسا بنجير دڠن مڠهولوركن بنتوان يڠ امت- امت دڤرلوكن اوليه مريك باڬي منروسكن لاڬي كهيدوڤن اين. موڬ- موڬ، ستياڤ ڤرتولوڠن يڠ دبريكن اكن دنيلاي د سيسي الله سباڬاي عمل صالح يڠ دجنجيكن ڤاهلا دان ڬنجرنڽ يڠ برڬندا. 
امين يا رب العالمين.


Negara kita sering dilanda pelbagai bencana dan kesulitan seperti banjir, jerebu, dan kemarau panjang. Baru-baru ini, banjir besar telah melanda banyak negeri termasuklah negeri Terengganu yang dikasihi. Ini semua berlaku adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah.

Firman Allah dalam surah al-Baqoroh ayat 155-156:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

            Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah, agar akibat dan kesan buruk daripada banjir yang sedang dialami oleh mangsa-mangsa banjir akan pulih seperti biasa. Sama-samalah kita membantu mangsa banjir dengan menghulurkan bantuan yang amat-amat diperlukan oleh mereka bagi meneruskan lagi kehidupan ini. Moga-moga, setiap pertolongan yang diberikan akan dinilai di sisi Allah sebagai amal soleh yang dijanjikan pahala dan ganjarannya yang berganda. 
amiiin ya robbal ‘alamin.


Coretan daripada Khatib Khutbah Jumaat (Terengganu)

Tuesday 20 January 2015

Mantan Biro Multimedia & Teknologi Penerbitan JPP IPGKSM 2014/2015


Dinner for Ex-Biro Multimedia & Teknologi Penerbitan JPP IPG Kampus Sultan Mizan.. Thanks a lot for our commitment as long we work together.. Alhamdulillah, suka dan duka dapat kita harungi bersama demi mencapai matlamat yang dituju.. 
You all are the best!!!







Petikan daripada kata-kata Mantan Pengerusi Biro Multimedia & Teknologi Penerbitan

Nur Ain Fatihah : Saya selaku ketua biro. Memang kebanyakan ketua untuk biro multek ni lelaki dan mungkin saya satu-satunya perempuan (mungkin). Hakikatnya saya bukanlah ketua yang baik untuk AJK-AJK saya bahkan untuk JPP itu sendiri. Tapi saya banyak belajar dari sini, bersama rakan-rakan yang tak pernah mengeluh dan merungut walau bermacam-macam dugaan. Saya cuba semampu saya untuk buat yang terbaik walaupun orang tak nampak tapi saya ikhlaskan semuanya. Saya kuat sebab ada mereka.

Mohd Rafe'e Samat : Beliau merupakan penolong ketua biro yang selalu bersemangat dalam apa jua tugasan dan selayaknya menjadi ketua biro. Seorang yang tenang dan sabar melayani perangai ketuanya yang agak pemalas. Menjadi motivasi untuk kami semua dan pencetus idea-idea gila. Huhuhu.

Mohamad Hilmi : Dilamar oleh saya sendiri kerana kepercayaan saya yang tinggi terhadap komitmen dan kerja yang cekap sebagai setiausaha. Dan sesungguhnya beliau memang cekap. Baru disuruh, kerja dah siap. Fail biro multek memang cantik, kemas, dan tersusun dengan rapi. Itulah kerja setiausaha multek yang tak pernah merungut apabila disuruh.

Syahrudin Zamri : Dan ini pula AJK(1) biro multek yang memang terkenal dengan kepakaran beliau dalam penghasilan video. Tugas utama beliau adalah menghasilkan video untuk setiap acara. Beliau juga telah menghasilkan video korporat JPP yang hebat dan cantik. Rela tak tidur malam semata-mata nak siapkan video. Memang terbaik.

Husna Hussin : Yang terakhir, AJK(2) biro multek yang dikenali sebagai hantu Adobe Photoshop. Memang hantu. Adobe Photoshop tu makanan dia agaknya. Seorang guru seni yang kreatif dan pereka grafik untuk poster-poster dan banner-banner aktiviti kampus. Kami berdua saja yang menjadi bunga dalam biro multek dan beliau sentiasa memberi kerjasama yang baik tak pernah mengecewakan saya.

Mereka semualah yang menjadi tunjang semangat utama untuk saya berdiri sampai ke tahap ini. Terima kasih yang teramat sangat. Saya bertuah dapat bekerjasama dengan kamu semua. Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan diri ini. Sekian.



 
Majlis Pembubaran JPP IPG KSM 2014/2015 disempurnakan oleh 
Ketua Jabatan HEP, Tuan Haji Baharuddin bin Hussin
[18012015]





#thanksforeverythings #proud #teamwork #alhamdulillah #sweetmemory #retired #18012015 #ipgksm


Saturday 17 January 2015

Memburu Papan Tanda Jawi

Assalamualaikum Sahabatku,
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.


Jom Masuk Pertandingan Fotografi Jawi "Memburu Papan Tanda Jawi". Hadiah menarik disediakan. Wahai peminat setia tulisan Jawi, jom sertai pertandingan ini. Anda hebat bersama memartabatkan tulisan Jawi.



Looking around your Kampung or town, see signboards with Tulisan Jawi kan?
Till 15/02/2015, you will have the opportunity to Snap one and post 640 x 480 image at http://www.emenang.com/community/index.php?/topic/55052-fly-high-jawi-khat-snap-tanda-2-menang-jawiware/?p=153287.

A fully functional QB ( http://maryamsoft.com/QalamBartar/ ) will be gifted to 
the biggest singboard with the most beautiful Tulisan Jawi and the largest number of Jawi words.
If the winner already got QB, three (3) Kaligrafi Fonts to be added for QB will be gifted.
Deadline 15/02/2015
Happy Snapping


Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Sir Aziz Mostafa melalui email: flowercrosswords@gmail.com

Sumber:
http://typophile.com/node/122435
http://www.emenang.com/community/index.php?/topic/55052-fly-high-jawi-khat-snap-tanda-2-menang-jawiware/?p=153287

Thursday 15 January 2015

Pin Ki mahir tulis dan baca jawi

Pin Ki menulis sesuatu dengan menggunakan tulisan jawi yang dipelajarinya ketika berusia 7 tahun.




KUALA TERENGGANU - Siapa sangka seorang warga emas berbangsa Cina yang kini menetap di Kampung Banggol Kemang Tiruk, di sini, mampu menulis dan membaca tulisan jawi yang lazimnya dikuasai masyarakat Melayu.

Ong Pin Ki, 75, penduduk asal kampung berkenaan pernah bersekolah di sekolah atap (sekolah rendah) di kampungnya ketika berusia 7 tahun dan mempelajari tulisan jawi ketika itu.

Biarpun telah meninggalkan zaman persekolahan sejak hampir 65 tahun lalu, namun sehingga kini, Pin Ki masih lagi dapat menulis dan membaca tulisan jawi walaupun ada kala nadanya tersekat-sekat.

Lebih memeranjatkan, Pin Ki tidak pandai langsung menulis dalam bahasa Mandarin walaupun dia menggunakan bahasa itu untuk berkomunikasi bersama ahli keluarganya.

“Dulu masa kecil saya sekolah atap di sini, sekolah Melayu memang belajar tulis jawi. Sebelum itu saya tak pernah belajar pun tulis jawi dan ambil masa dua tahun untuk betul-betul pandai tulis.

“Ayah, Ong Siu Tiat pun pandai tulis dan baca jawi juga, balik sekolah dia yang ajar saya. Sebab itu sampai sekarang saya tidak boleh tulis bahasa Mandarin kerana selalu baca Melayu dan jawi saja,” katanya.

Menurut Pin Ki, dia lebih senang membaca surat khabar bahasa Melayu atau jawi berbanding Mandarin, malah sehingga sekarang, dia masih lagi baca surat khabar Melayu.

Datuk kepada 16 cucu itu juga sering kali praktis menulis jawi apabila ada masa lapang di rumahnya, supaya kemahirannya itu tidak hilang dimakan waktu.

Pin Ki mengakui, dalam keluarganya, hanya dia seorang sahaja yang pandai menulis jawi manakala anak-anak dan cucu serta cicitnya tidak mewarisi kemahirannya itu, sebagaimana dia dan mendiang ayahnya.

“Ramai juga masyarakat Tionghua di sini (Kampung Banggol Kemang Tiruk) pandai macam ayah saya.

“Budak-budak sekarang tak macam kita dulu, mereka boleh pilih sekolah sebab sudah banyak (sekolah), tidak macam zaman dulu,” katanya lagi.

Lebih mahir dari Melayu 

Sementara itu, Pengerusi Banggol Kemang Tiruk, Mohd Sidek Abdullah berkata, masyarakat Tionghua generasi pertama di kampung berkenaan, memang berkemahiran menulis dan membaca jawi.

“Sekarang sudah ramai yang meninggal, tetapi generasi kedua seperti Pin Ki, masih ada lagi yang menetap di sini dan pandai baca serta tulis jawi, malah ada yang lebih mahir jika dibandingkan orang Melayu sendiri.

“Inilah keunikan di kampung ini kerana hampir 16 rumah keluarga Cina generasi pertama dan kedua Tionghua masih ada serta menetap di sini.. mereka boleh membaca dan menulis jawi,” katanya.

Tambahnya, ada juga dalam kalangan masyarakat Tionghua memeluk Islam dan berkahwin dengan orang tempatan.

“Hubungan kami juga begitu erat, sekiranya ada majlis keraian seperti perkahwinan, kami dijemput untuk memasak kerana mereka begitu menjaga agama kami (Islam) dan tahu yang mana halal atau haram.

“Mereka tidak akan masak sendiri tetapi jemput orang kampung untuk memasak dan kami saling tolong-menolong. Begitu juga pada hari perayaan, kami saling kunjung-mengunjungi,” katanya.

Sidek berkata, keakraban penduduk biarpun berlainan bangsa dan agama, sering mendapat perhatian pihak luar termasuk NGO dan stesen televisyen dalam usaha mengupas keunikan yang ada pada masyarakat di kampung berkenaan, terutamanya golongan Tionghua di situ.




Monday 12 January 2015

Cenderamata Hari Lahir III

توليسن خط يڠ تربارو اين مڠڬوناكن كرتس برچورق بوڠا اونتوق منمبهكن لاڬي سري دان ممنوهي رواڠ يڠ كوسوڠ. توليسن خط نام اين بربنتوق هاتي.
 دحاصيلكن خاص اونتوق صحابة ساي يڠ مڽمبوت هاري کلاهيرانڽ.
 سموڬ مريک سنتياس د باوه رحمة دان ڤرليندوڠن درڤد الله سبحانه وتعالى. 


[10 cm x 15 cm]

سيتي نور اميرا بنت زاين العابدين


نور فارح فرحان بنت سلام


Saturday 10 January 2015

Projek Mural 1/2015


مورل 1/2015

کامي تله دارهکن اوليه چيقڬو کمسيه بنت سعد اونتوق مڠحاصيلکن مورل لاݢي د بهاݢين باوه تڠݢا انتارا باڠونن چمڤاکا دان باڠونن ايزوزا. مورل يڠ ڤرلو دحاصيلکن اداله اونتوق مڠهياسي ڤاڤن- ڤاڤن ڤريبهاس ايڠݢريس.  الحمدلله، سمواڽ برجالن دڠن لنچر. ڤروجيق مورل ترسبوت دجالنکن سلاما دوا هاري  ڤد 04 جانواري 2015 هيڠڬ 05 جانواري 2015 د سکوله منڠه کبڠساءن ڤرمات جاي، رڠيت، باتو ڤاهت، جوهر. إن شاء الله، ڤروجيق مورل يڠ ستروسڽ اکن دجالنکن ڤد ماس چوتي يڠ اکن داتڠ.


 [ݢمبر سبلوم]


[ݢمبر سماس]


 [ݢمبر سلڤس]

Wednesday 7 January 2015

Projek Mural 5/2014

مورل 5/2014

کامي تله دڤڠݢيل سکالي لاڬي اوليه چيقڬو کمسيه بنت سعد اونتوق مڠحاصيلکن مورل. مورل يڠ ڤرلو دحاصيلکن اياله ’ݢمبر تيݢ ديمنسي‘ دان ’چرتا اورݢانيساسي‘ باݢي ڤوست سومبر سکوله. الحمدلله، سمواڽ برجالن دڠن لنچر. سکالي لاݢي کامي ممڠݢيل دوا تناݢ کرجا اونتوق ممبنتو مڽياڤکن مورل ترسبوت. ڤروجيق مورل ترسبوت دجالنکن سلاما انم هاري دري وقتو ڤاݢي هيڠݢ ڤتڠ. ڤروجيق مورل اين تله برلڠسوڠ ڤد 19 ديسيمبر 2014 هيڠڬ 24 ديسيمبر 2014 د ڤرڤوستاکاءن سکوله منڠه کبڠساءن ڤرمات جاي، رڠيت، باتو ڤاهت، جوهر. جوتاءن تريما کاسيه داوچڤکن کڤد محمد رفي بن محمد جاميل دان محمد إکمال بن مصطفى کران سودي ممبنتو مڽياڤكن ڤروجيق مورل ترسبوت. إن شاء الله، تاهون دڤن کيت برݢابوڠ تناݢ لاݢي اونتوق مڠحاصيلکن ڤروجيق مورل يڠ ستروسڽ.

[ݢمبر سبلوم]

 
 
[ݢمبر سماس]

[ݢمبر سلڤس]

Monday 5 January 2015

Projek Mural 4/2014


مورل 4/2014
ڤد 20 سيڤتيمبر 2014، چيقڬو مزني بنت كسمن تله منمڤه كامي اونتوق ممبوات مورل د
 ’Al Baghdadi Playtime Centre Senggarang‘. ڤروجيق مورل ڤد كالي اين برتمڤت د ويسما حاج كسمن، سڠڬارڠ، باتو ڤاهت، جوهر. مورل يڠ دحاصيلكن اداله بركاءيتن دڠن ڤنديديقن اول كانق-كانق. باڽق سودوت مورل يڠ ڤرلو دحاصيلكن ڤد كالي اين . كامي ترڤقسا ممڠڬيل دوا اورڠ راكن ياءيت محمد رفي بن محمد جاميل دان محمد إکمال بن مصطفى اونتوق ممبنتو مڽياڤكن ڤروحيق مورل ترسبوت. تنڤا مريك كامي تيدق داڤت مڽياڤكن ڤروجيق مورل تڤت ڤد وقتوڽ. الحمدلله، ڤروجيق مورل داڤت دجالنكن دڠن لنچر سلاما توجوه هاري دري وقتو ڤاڬي هيڠڬ ڤتڠ. لوکاسي ڤروجيق مورل ڤد کالي اين اداله سجاءوه 15 کيلوميتر. ڤروجيق مورل اين تله برلڠسوڠ ڤد 7 ديسيمبر 2014 هيڠڬ 13 ديسيمبر 2014.



[ݢمبر سبلوم]

 
[ݢمبر سماس]


  
[ݢمبر سلڤس]