Blog ini dalam usaha untuk memartabatkan Tulisan Jawi

'Like [✔]' jika anda rasa blog ini berguna dan bermanfaat.
Sebarang perkongsian dan penambahbaikan adalah amat dialu-alukan.

Tuesday, 4 November 2014

Jangan polemik isu tulisan jawi



Papan tanda nama sekolah yang menjadi pertikaian



GEORGETOWN - Mana-mana pihak tidak wajar menimbulkan isu atau polemik mengenai tulisan jawi pada papan tanda nama sekolah seperti yang ditimbulkan baru-baru ini.

Setiausaha Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang, Mohamad Nor Suhaili Jamali berkata, tulisan jawi tidak memberi makna untuk berdakwah kepada orang bukan Islam kerana ia adalah tulisan yang sedia ada dan digunakan sejak zaman penjajahan British lagi.

Bahkan, penjajah itu juga tidak pernah menghalang orang Melayu menggunakan tulisan jawi sebagai lambang kemunikasi perhubungan.

"Saya berharap lembaga sekolah itu tidak mempolemikkan isu papan tanda ke arah politik dan biarlah ia dilaksanakan dengan baik.

"Mungkin ada muslihat tertentu kerana ia dibangkitkan ketika suasana masih panas berkaitan isu Kalimah ALLAH," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau mengulas surat yang dihantar Sister of the Infant Jesus, Celina Wong kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam agar menanggalkan tulisan jawi yang terdapat pada papan tanda yang diletakkan pada pagar sekolah.

Dalam surat itu, Wong memaklumkan bahawa ia bukan amalan di sekolah mubaligh dan tidak dibenarkan sama sekali.

Ia juga memaklumkan bahawa ia bukan sekolah kerajaan tetapi sekolah mubaligh yang menggunakan Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar serta bukan pengantar jawi.   

Isu ini menjadi panas apabila dipaparkan dalam beberapa blog termasuk salinan surat yang dihantar kepada pengetua sekolah.
Bagaimanapun, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Tarmizi Kamarudin sebelum ini menjelaskan bahawa pengetua sekolah itu berhak untuk tidak mengikut arahan itu kerana sekolah terbabit di bawah pentadbiran jabatan.

Beliau berkata, jika tidak berpuas hati dengan papan tanda itu, Sister terbabit boleh membuat aduan kepada kementerian pendidikan atau jabatan pendidikan melalui persatuan mubalighnya.

Sementara itu, Pengetua SMK Convent Bukit Mertajam, Che Azizah Ismail dilaporkan berkata bahawa papan tanda itu sudah dipasang sejak 11 tahun dan tidak wajar ditimbulkan sekarang ini.

Menurutnya, papan tanda itu tidak akan diturunkan sebaliknya terus dipertahankan kerana ia hanya membabitkan tulisan nama sekolah.
Mohamad Nor Suhaili berkata tulisan jawi tidak mampu menggugat kepercayaan pelajar bukan Islam di sekolah itu sebaliknya hanya menjadi saluran perhubungan dalam kalangan pelajar Islam.

Beliau berharap lembaga sekolah tidak terus memainkan isu itu ke arah politik sebaliknya membiarkannya berjalan seperti biasa dan bersama-sama menumpukan usaha kementerian bagi membangunkan modal insan berkualiti dalam kalangan pelajar sekolah.

"Sekolah sebagai pusat integrasi perpaduan tidak seharusnya dilibatkan dengan pelbagai fahaman politik atau fahaman yang boleh mengganggu gugat kefahaman rakyat.

"Keputusan Pengarah Pendidikan dilihat langkah tepat dan tegas dalam menyelesaikan isu berkenaan," katanya.




Monday, 3 November 2014

Tidak perlu buang tulisan Jawi



 Papan tanda utama SMK Convent Bukit Mertajam,Pulau Pinang yang mengandungi tulisan Jawi.

GEORGE TOWN - Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam, dekat sini tidak perlu melayan sebarang permintaan atau arahan daripada pihak luar yang meminta agar tulisan Jawi pada papan tanda utama sekolah itu dibuang.
Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, papan tanda sekolah yang mengandungi tulisan Jawi itu telah dipasang sejak 10 tahun lalu dan ia tidak mempunyai sentimen keagamaan kepada mana-mana pihak.
"Saya difahamkan papan tanda itu sudah dipasang sejak 10 tahun lalu dan pihak sekolah tiada sebab untuk menanggalkannya atau mengganti dengan papan tanda baharu kerana langsung tiada kaitan dengan sentimen keagamaan.
"Malah tulisan Jawi adalah sama seperti tulisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana ia ditulis sebagai tambahan bagi menggantikan tulisan roman yang merujuk kepada nama sekolah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3I2f9RpZl 

Saturday, 1 November 2014

Anda hebat JAWI? Mengapa tidak?


ككاياءن خزانه توليسن جاوي دورناءي اوليه باريسن بنتوق توليسن جاوي يڠ سوڠڬوه 
.ايستيميوا دان اونيك سرتا مواكيلي كتيڠڬين مرتبت اورڠ ملايو

 ماهير ممباچ دان منوليس جاوي سواتو ماس دهولو اداله
.منجادي 
ساتو كبڠڬاءن

 تتاڤي ڬينراسي مودا ڤد هاري اين براس مالو اونتوق بلاجر جاوي، سأوله-اوله جاوي 
.هاڽ اونتوق ڤلاجر يڠ مڠيكوتي بيدڠ ڤڠاجين اسلام سهاج



 تمبهن ڤولا، مشاركت كيت لبيه سليسا مڠڬوناكن توليسن رومي
.بربنديڠ توليسن جاوي 



لبيه مالڠ لاڬي اڤابيلا سبيلڠن مشاركت كيت لبيه سليسا بربهاس ايڠڬريس يڠ دسلڠ سلي 
.دڠن بهاس ملايو دالم ڤربوالن هارين مريك

منجادي كبيمبڠن اڤابيلا توليسن جاوي سماكين دلوڤاكن تراوتما
.دالم كالڠن ڬينراسي مودا د مليسيا

 كڬميلڠن توليسن جاوي ڤرلو دكمباليکن سمولا ممندڠكن توليسن جاوي انتارا توليسن
.دنيا يڠ ماسيه برتاهن دان ككل هيڠݢ ك هاري اين

توليسن جاوي جوݢ هاروس ممڤو برڬرق سإيريڠ دڠن توليسن
.ڤردان 
يڠ لاين دان بوليه برڬرق سنديرين سڬاڬه دولو




،بواه چمڤدق د لوار ڤاڬر
;امبيل ڬالاه تولوڠ جولوقكن
،ساي بودق بارو بلاجر
.كالاو ساله تولوڠ تونجوقكن


.بلاجرله ممباچ جاوي، اڬر ساتو هاري ننتي كامو تيدق اكن مڽسل

كالاو بوكن كيت يڠ منجاݢ دان مورايسي، مك سياڤا لاڬي؟