Blog ini dalam usaha untuk memartabatkan Tulisan Jawi

'Like [✔]' jika anda rasa blog ini berguna dan bermanfaat.
Sebarang perkongsian dan penambahbaikan adalah amat dialu-alukan.

Monday, 24 February 2014

Perkataan English vs Jawa


Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai bahasa Jawa, 
bahasa yang saya sering gunakan di rumah terutamanya dengan makcik saya iaitu Rosmi binti Pawi (Makmi) dan Rukinah binti Pawi (Maknah). 
Nukilan ini telah terhasil daripada bacaan saya yang sebelum ini, terdapat dialek Terengganu, Kelantan dan Kedah yang menggunakan gabungan  perkataan English.
 Anda cubalah sebut, rasanya boleh. Harap-harap tak tergeliat lidah tu.

[Anak wong jowo wae seng iso ngomong jowo. Jajal di boco iso opo ora.]



Kepada sesiapa terutamanya orang Jawa yang rasa ada lagi perkataan lain bolehlah ditambah pada ruangan komen di bawah. 


Wednesday, 19 February 2014

Cinta kamu

ساي سوك اوق
Saya suka awak !
ساي سايڠ اوق
Saya sayang awak !
ساي چينتا اوق
Saya cinta awak !
ساي ريندو اوق
Saya rindu awak !


Monday, 10 February 2014

Nasi Ambeng




Nasi Ambeng (Makanan tradisi negeri Johor)

Makanan negeri Johor banyak dipengaruhi dengan cara masakan jawa seperti nasi ambeng, lontong dan juga ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasiin ataupun tahlil. Keunikan nasi ambeng adalah dari segi cara dihidangkan. Biasanya ia dihidangkan di dalam talam atau dulang untuk dimakan bersama empat orang. Nasi ambeng biasanya dihidangkan bersama mi goreng, ayam ataupun ikan, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering.