Blog ini dalam usaha untuk memartabatkan Tulisan Jawi

'Like [✔]' jika anda rasa blog ini berguna dan bermanfaat.
Sebarang perkongsian dan penambahbaikan adalah amat dialu-alukan.

Saturday, 16 May 2015

Selamat Hari Guru - 16 Mei 2015

Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah bertemakan 
"Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak".


Saya amat menghargai jasa guru-guru yang telah membina ilmu dan menyempurnakan akhlak saya 
sehingga berdiri saya sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Sultan Mizan pada hari ini.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik saya di Tabika Kemas Seri Perpat, 
SK Seri Perpat, SA Seri Perpat, SA Seri Rejo Sari, SMK Permata Jaya, SMK Tun Sardon, IPG Kampus Sultan Mizan.

Tidak lupa juga kepada guru-guru semasa saya menjalani program PBS di SK Pusat Jerteh, SK Kampung Raja, 
SK Tengku Mahmood Iskandar 2, SK Pengkalan Nyireh. 

Akhir sekali kepada guru-guru semasa saya menjalani praktikum fasa 1 di SK Tanah Merah.

SELAMAT HARI GURU !!
TERIMA KASIH CIKGU !!





Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang pernah mendidik saya sehingga ke tahap ini, 
tanpa cikgu siapalah saya. Terima kasih atas segala ilmu & tunjuk ajar yang diberikan. Halalkanlah segala ilmu yang telah diberikan kepada saya. Semoga cikgu sentiasa tabah dalam mendidik anak bangsa dan sentiasa panjang umur di bawah limpah rahmat daripada Allah. 

TERIMA KASIH CIKGU!!

‪#‎HariGuru‬ ‪#‎16Mei2015‬ ‪#‎SayangCikgu‬ ‪#‎GuruInspirasiku‬




Dikir Barat Hulubalang IPG Kampus Sultan Mizan

Nok wii murid cerdik siye male cikgu ajar.. Hargailah jasa cikgu, jange mu lupo jasa cikgu.. 
SELAMAT HARI GURU, CIKGU!! 
Pada mu cikgu kami tetap saye, jasa cikgu tak akan kami lupo hingga ke akhir hayat.. ^_°

‪#‎GuruMembinaIlmuMenyempurnakanAkhlak‬ ‪#‎KamiBanggaMenjadiGuru‬‪ #‎16Mei2015‬ ‪#‎IPGKSM‬




Tuesday, 24 March 2015

Peribahasa Melayu dalam Tulisan Jawi

Alhamdulillah, peribahasa Melayu dalam tulisan jawi ini dapat disiarkan dalam blog Rindu Jawi ini. Peribahasa ini mengandungi bahasa Melayu iaitu tulisan jawi dan tulisan rumi 
serta bahasa Inggeris.

Peribahasa Melayu ini telah disediakan dan ditulis oleh Sir Aziz Mostapha, 
sahabat saya dari negara Iran http://typophile.com/blog/12550
Peribahasa Melayu ini juga telah disemak sendiri oleh 
Mohamad Hilmi bin Md Zaion.

Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam usaha untuk 
memartabatkan tulisan jawi.










Monday, 16 March 2015

Booth Tempahan Tulisan Khat



Berada di booth tempahan tulisan khat sempena Minggu Kokurikulum & Hari Terbuka IPGKSM
1 hingga 11 Mac 2015





Cenderamata khas untuk Dr. Hj. Mohd Aziz bin Mohd Din
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu


Tempahan oleh Wan Mohd Saifullah bin Wan Alwie
Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan







Antara hasil karya tulisan khat nama pada batang aiskrim







Hasil karya tulisan khat nama bersaiz 7cm x 9.5cm





Hasil karya tulisan khat nama tanpa bingkai gambar bersaiz 10cm x 15cm







Hasil karya tulisan khat nama bersaiz 10cm x 15cm






Alhamdulillah, rezeki Allah beri sempena Minggu Kokurikulum & Hari Terbuka IPG Kampus Sultan Mizan. 
Terima kasih kepada pengunjung yang sudi membuat tempahan tulisan khat.

Kali pertama saya buka booth tempahan ni dan terima tempahan secara terbuka, sebelum ni hanya berkarya secara senyap-senyap je. Semua tu jadi pengalaman yang manis dan sukar untuk dilupakan. Berasa kekok juga apabila orang asyik perhatikan kita menulis. Kadang-kadang tu menggigil juga dan terus berhenti menulis. 
Lama-lama ok laa tu. Orang kata 'practice makes perfect'.

Terasa sangat bahagia berkarya apabila orang menghargai karya kita walaupun terasa penat berada di booth sepanjang hari dari waktu pagi hingga malam. Terima kasih kerana menghargai karya saya.