Blog ini dalam usaha untuk memartabatkan Tulisan Jawi

'Like [✔]' jika anda rasa blog ini berguna dan bermanfaat.
Sebarang perkongsian dan penambahbaikan adalah amat dialu-alukan.

Friday, 3 July 2015

Nuzul Al-Quran 2015



نزول القرءان

سجاره القرءان: انتارا ڤريستيوا اڬوڠ دالم سجاره اومت اسلام د بولن رمضان اياله تورونڽ كتاب سوچي القرءان اتاو دسبوت نزول القرءان. اي دراكمكن دالم القرءان، ملالوءي فرمان الله يڠ برمقصود: "رمضان يڠ ڤدڽ دتورونكن القرءان، منجادي ڤتونجوق باڬي سكلين مأنسي، دان منجادي كتراڠن يڠ منجلسكن ڤتونجوق دان منجلسكن ڤربيذاءن انتارا يڠ بنر دان يڠ ساله." ﴿سوره البقرة، ايات 185﴾

ڤريستيوا نزول القرءان برلاكو ڤد مالم جمعة، 17 رمضان، د ڬوا حراء تاهون ك-41 درڤد كڤوتراءن نبي محمد صلى الله عليه وسلم.

القرءان مروڤاكن معجزة يڠ ڤاليڠ بسر يڠ دكورنياكن كڤد نبي محمد صلى الله عليه وسلم. كيت هندقله برايمان دان ممڤرچاياءي ايسي كندوڠن القرءان. برايمان دڠن القرءان مروڤاكن ساله ساتو دالم روكون ايمان.

ارتي نزول القرءان: "نزول" برارتي تورون اتاو برڤينده، ياءيت برڤينده دري تمڤت سبله اتس ك تمڤت د سبله باوه. "القرءان" ڤولا برمقصود باچاءن اتاو هيمڤونن. اي دكاتاكن سباڬاي باچاءن كران القرءان ايت اونتوق دباچ اوليه مأنسي. اي جوڬ دكاتاكن هيمڤونن كران دالم القرءان ايت ترهيمڤون ايات-ايات يڠ منجلسكن ڤلباڬاي ڤركارا يڠ مليڤوتي سوال توحيد، عبادت، جنايت، معاملة، مونكهات دان سباڬايڽ.

  
كهيبتن القرءان

1. الله برفرمان يڠ برمقصود: "كاتاكنله واهاي محمد، سسوڠڬوهڽ جك سكالين مأنسي دان جين برهيمڤون دڠن توجوان هندق ممبوات دان منداتڠكن سبنديڠ دڠن القرءان اين، مريك تيدق اكن داڤت ممبوات دان منداتڠكن سبنديڠ دڠنڽ والاوڤون مريك بنتو-ممبنتو سسام سنديري." ﴿سورة الإسراء، ايات 88﴾.

2. اورڠ يڠ ممباچ، مڠحفظ دان مليهت سمبيل مميكيركن كعجاءيبن يڠ اد ڤد سوسوننڽ دبريكن ڤاهلا.

القرءان سومبر هدايه باڬي كبهاڬياءن هيدوڤ مأنسي د دنيا دان د اخيرة.   .3

4. تيدق سسياڤا ڤون سام اد د كالڠن مأنسي اتاو جين يڠ ممڤو منچيڤتا ايات يڠ مڽروڤاءي القرءان.
 فرمان الله يڠ برمقصود: "دان جك كامو مراسا راڬو-راڬو دڠن اڤ يڠ كامي تورونكن كڤد همبا كامي، باواله ساتو سورة يڠ سأومڤاماڽ، اجقله سقسي-سقسي ﴿ڤنولوڠ-ڤنولوڠ﴾ كامو، سلاءين الله، سكيراڽ كامو ﴿د كالڠن﴾ اورڠ يڠ بنر.“﴿البقرة، ايات 23﴾.

5. القرءان مروڤاكن معجزة ترتيڠڬي دان ترإستيميوا يڠ هاڽ دكورنياكن كڤد نبي محمد صلى الله عليه وسلم.

6. مأنسي بلوم ممڤو مڽلمي دان منروكاءي رهسيا القرءان سچارا مڽلوروه سهيڠڬ هاري اين.
 اين برارتي صفة كهيبتن، كسقتين، كاڬوڠن دان كاوڠڬولن القرءان سچارا ترسنديري دڠن ڤڠرتينڽ يڠ امت لواس دان مندالم ككال ترڤليهارا هيڠڬ قيامة.

7. القرءان سباڬاي ڤتونجوق جالن كبنرن. ممباوا مأنسي درڤد كڬلاڤن كڤد چهاي يڠ ترڠ.
 الله برفرمان يڠ برمقصود: "اينله كتاب يڠ تياد كراڬوان ڤدڽ، منجادي ڤتونجوق كڤد اورڠ يڠ برتقوى." ﴿البقرة، ايات 2﴾.

8. ممباچ القرءان منداڤت ڬنجرن ڤاهلا دان شفاعة درڤد الله.
 رسول الله برسبدا دڠن مقصود: "باچله القرءان، سسوڠڬوهڽ اي اكن داتڠ ڤد هاري قيامة سباڬاي شفاعة كڤد ڤمباچڽ".


ڤرإيڠاتن:
  .القرءان اونتوق دباچ بوكن اونتوق دجاديكن ڤرهياسن .1
  .القرءان تيدق منجادي شيفاء ﴿اوبت﴾ باڬي اورڠ يڠ ايڠكر دان ظاليم .2
.القرءان منجادي ڤتونجوق كڤد اورڠ-اورڠ يڠ برتقوى .3
.هاتي يڠ كراس بوليه دلمبوتكن دڠن هدايه القرءان دڠن كإيذينن الله .4
5. ڤسان نبي محمد صلى الله عليه وسلم: اكو تيڠڬلكن دوا ڤركارا يڠ جك كامو برڤڬڠ كڤد كدوا-دواڽ، نسچاي كامو تيدق اكن سست سلاما-لاماڽ، ياءيت كتاب الله ﴿القرءان﴾ دان سنهكو ﴿الحديث﴾.





NUZUL AL-QURAN  

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. 

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.



Kehebatan Al-Quran

1. Allah berfirman yang bermaksud:“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88).
2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.
7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 
8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud:‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” 


Peringatan:
1. Al-Quran untuk dibaca bukan untuk dijadikan perhiasan.
2. Al-Quran tidak menjadi syifa' (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
5. Pesan Nabi Muhammad S.A.W: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).




Wahai hamba Allah, ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan sementara akhirat jualah sebenar-benar tempat yang kekal selama-lamanya. Oleh itu, marilah kita bertaqwa kepada Allah untuk mendapatkan kebahagiaan serta menyelamatkan diri daripada siksaan api neraka.

Tuesday, 23 June 2015

Kun Anta [Parodi Sentap Romadhon - Mr Bie]

يڠ مها الرحيم
تله كورنيا رمضان كريم
بولن صبر دان برلاڤر
تاڤي راماي ترساسر
منايڠ عورة سان
سيني سان كاو كوتوق هينا
ڤاهلا ڤواسا كاو بذير
مسجد تق كاو حاضر

مالم نق تهجد.. مالس!
وهي عشاء تق جماعه؟
"...جاوه به رومه انا"
"...ڤي مسجد،"  كاتڽ

’بوك‘ روكوق تو دوساله
نق تيدور ساج ڤون ساله
زكاة أسنف ڤوڽا
يڠ ايت كاو تق عينده

يوق كيت توبة جماعه!
يوق كيت توبة جماعه!

صبح كاو مڠاءومززز
أويق لالو كاو اٴوم-اٴوم
بيلا د بازر كاو بذير
صدقه كاو كيكير

دكت هاري راي
سيبوقڽ سموا تق ك مسجد سوده
مالم القادر تق كاو چاري
إعتكاف دڤن تيۏي

يوق كيت توبة جماعه!

يڠ عذور عندا اڤ
كالاو عندا ڤواسا
تاڤي كنا قضاء انداي ممڤو
مسافر، يڠ توا
ايبو مڽوسوءي انقڽ
جوڬ إيبو يڠ مڠندوڠ

"كيڤيداڤ دونݢيباب"
ڤهلاون اڬام
موڬ رمضان كيت د امڤون

القرءان دباچ
إفطر جماعه
سحور ناسي ڬوريڠ تيمون

مالم نق تهجد.. مالس!
وهي عشاء تق جماعه؟
"...جاوه به رومه انا"
“...ڤي مسجد،“ كاتڽ

’بوك‘ روكوق تو دوساله
نق تيدور ساج ڤون ساله
زكاة أسنف ڤوڽا
يڠ ايت كاو تق عينده

يوق كيت توبة جماعه!
يوق كيت توبة جماعه!


Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Romadhon 1436H. 

Ayuh! Gunakan masa yang ada untuk melakukan sebanyak, sempurna dan sebolehnya ibadah di dalam bulan Romadhon yang penuh barokah ni. Masa untuk memohon kerahmatan, keampunan dan pelepasan dari azab api neraka daripada Allah. Dengan niat, usaha dan kesungguhan, insyaAllah,  kita akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.

Selamat terus gagah mengerjakan ibadah puasa dan gagah juga mendirikan solat kerana solat lima waktu sehari semalam dan puasa adalah antara dua perkara dalam Rukun Islam. Jaga juga pandangan mata, pendengaran dan mulut dari perkara-perkara maksiat dan sia-sia semasa berpuasa.  

Semoga kita termasuk di antara orang yang mendapat taufik dan hidayah daripada Allah untuk mempertingkatkan amalan beribadah agar kita mendapat kebaikan dan keberkatan di bulan Romadhon. 

Saturday, 16 May 2015

Selamat Hari Guru - 16 Mei 2015

Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah bertemakan 
"Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak".


Saya amat menghargai jasa guru-guru yang telah membina ilmu dan menyempurnakan akhlak saya 
sehingga berdiri saya sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Sultan Mizan pada hari ini.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik saya di Tabika Kemas Seri Perpat, 
SK Seri Perpat, SA Seri Perpat, SA Seri Rejo Sari, SMK Permata Jaya, SMK Tun Sardon, IPG Kampus Sultan Mizan.

Tidak lupa juga kepada guru-guru semasa saya menjalani program PBS di SK Pusat Jerteh, SK Kampung Raja, 
SK Tengku Mahmood Iskandar 2, SK Pengkalan Nyireh. 

Akhir sekali kepada guru-guru semasa saya menjalani praktikum fasa 1 di SK Tanah Merah.

SELAMAT HARI GURU !!
TERIMA KASIH CIKGU !!





Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang pernah mendidik saya sehingga ke tahap ini, 
tanpa cikgu siapalah saya. Terima kasih atas segala ilmu & tunjuk ajar yang diberikan. Halalkanlah segala ilmu yang telah diberikan kepada saya. Semoga cikgu sentiasa tabah dalam mendidik anak bangsa dan sentiasa panjang umur di bawah limpah rahmat daripada Allah. 

TERIMA KASIH CIKGU!!

‪#‎HariGuru‬ ‪#‎16Mei2015‬ ‪#‎SayangCikgu‬ ‪#‎GuruInspirasiku‬




Dikir Barat Hulubalang IPG Kampus Sultan Mizan

Nok wii murid cerdik siye male cikgu ajar.. Hargailah jasa cikgu, jange mu lupo jasa cikgu.. 
SELAMAT HARI GURU, CIKGU!! 
Pada mu cikgu kami tetap saye, jasa cikgu tak akan kami lupo hingga ke akhir hayat.. ^_°

‪#‎GuruMembinaIlmuMenyempurnakanAkhlak‬ ‪#‎KamiBanggaMenjadiGuru‬‪ #‎16Mei2015‬ ‪#‎IPGKSM‬