Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.
Kini sambutan Maulidur Rasul telah memasuki tahun 1435 Hijrah pada 14 Januari 2014 Masehi. Lazimnya pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
No comments:
Post a Comment